Saturday, October 9, 2010

Senarai kekananan Pegawai Kerajaan.

Kita biasa dengar perkataan status atau gred-gred pegawai tinggi awam.Adakah kita mengetahui gred-gred ketua jabatan sesebuah agensi. Mengapakah perbezaan gred-gred itu penting? Ini adalah untuk sesama mereka mengambil tempat duduk masing-masing dalam sesuatu mesyuarat dan acara majlis rasmi. Berikut adalah senarai kekanan ketua jabatan dan ketua setiausaha,,,-

  1.  Ketua Setiausaha Negara  Gred VU 1
  2. Peguam Negara                                                        - Utama Turus I
  3. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam                        -Utama Turus I
  4. Panglima Angkatan Tentera                                       -Utama Turus II
  5. Ketua Polis Negara (IGP)                                         -Utama Turus II
  6. Ketua Pengarah Kesihatan                                        -Utama Turus II
  7. Ketua Audit Negara                                                 -Utama Turus II
  8. Akauntan Negara                                                     -Utama Turus III
  9. Ketua Hakim Syariee                                               -Utama Turus III
  10. Ketua Pengarah Pelajaran                                        -Utama Turus III
  11. Ketua Pengarah Kerja Raya                                     -Utama Turus III
  12. Ketua Pengarah Kastam DiRaja                               -Utama Turus III
  13. Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi                 -Utama Turus III
  14. Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi             -Utama Turus III
  15. Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan       -Utama Turus III
  16. Ketua Pengarah Mampu                                         -Utama Turus III 
  17. Ketua Pesuruhjaya SPRM                                      -Utama Turus III

Yang disenaraikan adalah ketua jabatan bergred Turus ke atas manakala lain-lain ketua jabatan adalah bergred Jusa A / Jusa B dan Jusa C serta gred 54/52.

  1. Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan                 -Turus I
Lain-lain Ketua Setiausaha Kementerian adalah bergred TURUS III kecuali KSU Kementerian Pelancongan,  KSU Kementerian Wilayah Persekutuan, KSU Kementerian Belia & Sukan, KSU Kementerian Sumber Manusia dan KSU Kementerian Pembangunan Wanita Bergred Jusa A. Semua KSU adalah dari golongan Pegawai Tadbir Dan Politik (PTD).